Wednesday, December 23, 2009

manik tabur



baju ni berlengan cuff bergetah.. saja jahit manik simple..sekejap je dah siap.. baju ni untuk diri sendiri..

bunga labuci k ani


Assalamualaikum..
Entri kali ni hasil manik yang k.ani tempah utk batik seragam cikgu, bahagian tangan sahaja ni.. memandangkan cuti pun dah nak habis, alhamdulilah dah siap..

Monday, December 14, 2009

Selamat Pengantin Baru..


gambar perkahwinan adik yang ke4.. berlangsung pada 12/12/2009, semoga bahagia sepanjang hayat..

Wednesday, December 9, 2009

blue batik bersisik






main bubuh je nama sulam manik ni..he,he..baju batik biru ni ditempah oleh k.rohaniah..ada sehelai lagi baju dia yang belum siap..

cekelat..

sedap tapi membahayakan..he,he..

Sunday, December 6, 2009

langkawi visit n LIMA 09




yang ni heli navy punya, fennec.. hubby duk kerja dengan benda nilah..



yang ni sukhoi, air force kot..ntahler tak reti sgt..

semlm sampai rumah pukul 10mlm, penat belum hilang lagi..inilah aktiviti masa g langkawi, sikit je..banyak lagi tempat tak g..harap ada rezeki sampailah sana lagi..Insyaallah..

Thursday, November 26, 2009

balik kg beraya aidiladha






Selamat hari raya aidiladha buat kwn2 yang sudi masuk ke blog yang tak seberapa ni.. hari ni kami berdua akan balik kampung, lepas tu menjelajah ke langkawi, kl, penang... seminggulah bercuti dari menjahit.. apapun nak tunjuk manik yang dah siap kat baju ni, baju raya kot.. kurang kemas sebab rekaan ni tak buat sketch, suka hati je jahit memandangkan baju sendiri..

hikmah Aidiladha

petikan ni ambik dari satu blog.. untuk renungan diri sendri..

Jendela Hikmah: Makin ramai lupa fadilat Aidiladha

Oleh Tuan Yaacob Tuan Sof
http://qurban-aqiqah.jim.org.my/1428/

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri."



Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu 'syariat' seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing)." (Surah Al Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan." (Surah Al-Haj, ayat 37)

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah.

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama. Pada pertengahan Ramadan sudah berkumandang lagu raya seolah-olah kita lupa sebenarnya ibadat berpuasa menuntut pengorbanan nafsu yang tinggi.

Media elektronik berlumba-lumba meraih penonton dengan menghidangkan pelbagai rancangan hiburan, hinggakan semakin ramai terpaku di hadapan televisyen dan amalan untuk menziarahi sanak saudara serta sahabat handai makin dilupakan.

Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah. Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.

Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud: "Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa." (Surah al-Maidah, ayat 27)

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah.

Penulis ialah Bendahari Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia yang menguruskan Dana Projek Cemerlang Korban secara on line yang boleh dilayari di http://qurban-aqiqah.jim.org.my/1428/

Friday, November 20, 2009

cuti bermula

hari ni cuti panjang dah bermula...seperti biasa cuti panjang kali ini memang banyak projek jahitan yang berputar-putar kat kepala ni..harap semuanya berjaya disiapkan..insyaallah..tadi pun dah dapat 2 baju dari k.rohaniah untuk jahit manik.. bila agaknya boleh siap tu..tak tahuler..yang pasti mesti siap sebelum buka sekolah..bila dah siap nanti masukla baju tu dalam carta blog ni, itu kisah baju orang, diri sendiri punya baju pun belum settle..he,he..

Wednesday, November 11, 2009

baju oren




akhir2 ni memang tensen dgn kerja2 menyelesaikan urusan kelas,naik pening nak menyetelkan kelas hujung2 ni..hu,hu.. projek2 pun dah tergendala sebab letih, idea untuk jahit manik baju maroon tu belumler datang lagi..yg datang idea baju lain pula..he,he.. tapi yang ni belum siap..baju sendiri juga.. beli dari kedai spaces..first time jahit baju lengan bishop sebab nanti tahun depan nak menulis kat papan putih takdela terselak lengan..

Saturday, October 31, 2009

cari idea


ini adalah baju sendiri, nak tambahkan manik2..so tengah mencari idea, warna dan pattern apa yg menarik,..harap2 dengan jahit manik kat baju ni nanti akan hilangkan semua kemarahan yg ada waktu ni.. hu,hu.. perkara pertama kena gosok dulu baju ni baru senang nak jait manik..yang kedua kena pikirkan patern dan lukis atas baju, patern yang betul adalah pattern yang boleh mengaitkan bunga baju tu.. kalau baju tu corak mcm orkid kenalah buat bunga manik ala-ala orkid juga, kalau masuk pattern shimering flora, agak-agak masuk ker?...

Friday, October 23, 2009

manik manik flora




inilah manik shimmering flora, hasil jahitan yang pertama..baju ni untuk kzuraina,memang dia suka sangat.. untuk siapkan ni ambil masa 4 hari, walaupun lama nak siapkan tapi memang seronok buat..

selimut tampal cantum




selimut tampal cantum ni bukan dibuat sendiri, tapi ditempah dari pn seow, cikgu ambrose, memang cantik dan sweeeet sangat, takder fiber kat dalam ni.. harga = RM60 untuk saiz queen.. memang berbaloi kan..

Sunday, October 18, 2009

baju ksu tambah



diatas permintaan kak su mintak tambah lagi manik ikut bunga batik..buat simple jer, tak nak meriah sangat, harga pun tak mahal rm 30 je termasuk lengan yang hari tu..

Monday, October 12, 2009

sakit pinggang

sakit pinggang berdiri jaga PMR dewan periksa SMKAT, macam2 ragam budak menjawab soalan.. tertido sampai meleleh air liur basi pun ada, tu baru jawab exam yang 1 jam, kalu 3 jam rasanya terjatuh dari kerusi tu ha.. bila dah tido air liur meleleh kena pulak kertas OMR.. terpaksaler menunggu kertasnya kering baru bleh kutip.. hem..budak2 mcm tulah.. kena pulak yang miskin kena kerja sambil belajar.. tak semua orang bernasib baik

apapun minggu ni tak banyak aktiviti boleh buat, balik dah petang.. potong kain k.zuraina jer semalam, cantik juga kainnya.. insyallah nak cuba jahit manik shimmerring flora pula.. cantik tu..

Sunday, October 11, 2009

my adik-adik pompuan


tengah godek2 laptop terjumpa gambar yang dikirim mekna.. dah berpuluh tahun dah gambar ni ha.. zaman budak2 comot jer.. ha,ha.. sorang je takder..mat adam..

Monday, October 5, 2009

made in thailand

tudung ni disulam orang siam.. tapi warnanya kelam sikit..

baju seragam


inilah kerja sekarang..tgh buat beberapa pasang baju cikgu2, uniform sekolahlah kononnya..he,he.. ada ler dalam 5 orang kot.. kalau buh manik pun cantik gak ni..

Saturday, September 26, 2009

utk k.suhaila








simple manik utk baju merah k.su,.. lepas raya baru nak bagi memandangkan beliau berada dihospital jaga anaknya yg sakit..harap2 dia suka..



Friday, September 4, 2009

Salam Ramadhan

masa berjalan sangat pantaslah, tak sedar dah 14 hari berlalu bulan Ramadhan, banyak juga dapat tempahan adalah dalam 20 pasang, rezeki ramdhan.. tak tahulah nak post apa dalam blog, nak ambil dan masuk gambar projek terbaru pun takder mood..

Monday, June 1, 2009

BTN


dah lama tak update..projek sekarang cuma jahit baju jer..hari ni baru balik btn..penat tak habih lagi..
ini gambar adik2 BTN.. kebanyakannya jururawat dan jabatan penilai..all the best

Monday, March 23, 2009

gantung-gantung sulam riben

tadaaaa..inilah hasil jahitan belajar online dgn kak umi..

update..
















ni semua antara jahitan manik pada baju yang telah dijahit sepanjang februari hg mac..